Hanif Kuat Membebel BokBekBokBek
Keputusan Kuiz Tatabahasa—
—Pemenangnya adalah Sheyna!!( dengan markah 3/10. Tak berapa nk Tahniah sangat sbb kalau kat primary school itu kira dpt D ja) Walau bagaimanapun anda berjaya merangkul hadiah Sebalang Tat Nenas sempena Raya akan datang!! Hip hip hurrey!!
Untuk rujukan rakan-rakan Kedah dan non-Kedah, Jawa atau Melayu totok, kacukan India atau Siam, berikut adalah jawapan untuk teka tatabahasa kita pada pusingan ini.
berselelet = hingus melekat-lekat pada muka/pakaian.
Contoh Ayat: “Hanif niiiiiiiii…berselelet laaa”
auta = tipu, eksyen je lebih tapi sebenarnya takda apa pon
Contoh Ayat: “Hanif niiiiiiii..auta ye. Saje nk Ibu dukungg”
ngences = air liur meleleh-leleh
Contoh Ayat: “Hanif niiii, ngences laaa. Abes tudung Ibuu”
berdembai-dembai = beramai-ramai bersama-sama
Contoh Ayat: “Mari kita berdembai-dembai melawat sekolah lama hujung minggu depan?” ujar Hasna kepada rakan-rakan Asma nya. (ehh patut aku buat ayat slang Kedah la kan?)
terheseh-heseh = tergedik-gedik
Contoh Ayat: Hasna terheseh-heseh.
(contoh ayat takyah panjang2, tapi korang dah boleh imagine Hasna tengah terheseh-heseh? kan?)
suman - *aku tatau jwpnnya, tapi korg dedue jwb tak btol kot*
kebelai = kebuluran
Contoh Ayat: “Cepat la Yang, dah masak ke blom nasik ni, Abang dah kebelai ni dari malam tadi tak makan nasik”
balik andau = pergi ke suatu tempat, bersusah payah, tapi target tak achieve pon
Contoh Ayat: Rombongan Haji Halim ke Sg. Petani at the end of the day balik andau, kerana Si Anak Dara Sunti itu menolak pinangan rombongan mereka.
mendadey = tunggu dengan termangu-mangu membuang masa dan tenaga
Contoh Ayat: Hanif dan Ibu mendadey di SACC Mall selama 3 jam kerana kereta Abah rosak di tengah jalan ketika ingin mengambil mereka.
santak = hingga
Contoh Ayat: Sheyna memilih kain langsir di Macy begitu lama, dari pagi santak ke petang.

sebab aku berusaha meneka dua kali, dan berjaya jwb 2/10, aku nk gak setengah balang tat nenas ok!
anyway, nizam ada any comment ke roots perkataan2 nih. ke nih mmg bahasa famili sahaja?
kejap aku nk pikir, famili aku ade bahasa tersendiri tak…
Comment by Nina Hashim — June 22, 2009 @ 6:54 pm